Selamat datang

Selamat datang ke blog saya....semoga apa yang dipaparkan memberi manfaat kepada semua. Mohon maaf atas segala kekurangan. Segala sumbangan untuk membina blog ini amat dialu-alukan...

Monday 3 December 2012

masam manis: Apa yang selalu ditanya..

masam manis: Apa yang selalu ditanya..: Sebagaimana yang telah ita janjikan. Ini adalah antara bahan-bahan yang sering ita gunakan dalam setiap masakan ita tak kiralah kuih-muih, k...

Wednesday 21 November 2012

Monday 19 November 2012

cuka nipah

masam......itu la rasanya cuka nipah.... saya ni tak sukamakan benda-benda yang masam. tapisebenarnya banyak khasiat cuka nipah ni rupanya. Saya baru terbaca artikel tentanng khasiatnya. Untuk orang yang istiqamah menggunakannya tentu akan mendapat hasilnya. Yang hangat hangat tahi ayam tu..paham -paham je la yek.
Antara Khasiat cuka nipah:

  1. Boleh mengubati kencing manis
  2. Menurunkan tekanan darah tinggi
  3. Memecah batu karang
  4. Menurunkan kolestrol dan mengubati sakit jantung
  5. Melegakan sakit gout
  6. Boleh jugak mengubati penyakit migrain
  7. Mencegah obesiti
  8. Buasir
  9. Masalah usus
  10. Sembelit
  11. Membuang toksik dalam badan
  12. Menstabilkan kepanasan badan
  13. Penjagaan kulit dan kecantikan badan semulajadi.
Cara mengamalkannya:


Read more: http://www.anakulucheka.com/khasiat-cuka-nipah-asli/#ixzz2CkAcUpRz
Antara Khasiat cuka nipah:

  1. Boleh mengubati kencing manis
  2. Menurunkan tekanan darah tinggi
  3. Memecah batu karang
  4. Menurunkan kolestrol dan mengubati sakit jantung
  5. Melegakan sakit gout
  6. Boleh jugak mengubati penyakit migrain
  7. Mencegah obesiti
  8. Buasir
  9. Masalah usus
  10. Sembelit
  11. Membuang toksik dalam badan
  12. Menstabilkan kepanasan badan
  13. Penjagaan kulit dan kecantikan badan semulajadi.
Cara mengamalkannya:


Read more: http://www.anakulucheka.com/khasiat-cuka-nipah-asli/#ixzz2CkAcUpRz
Antara kegunaannya ialah untuk mengubati penyakit yang popular masa ni..

1. kencing manis                     2. darah tinggi    3.kolestrol tinggi
4.sakit jantung                         5.obesiti              6.ghaut
7.migrain                                 8.dll

cara menggunakannya ialah boleh diminum terus sesudu sehari atau dicampur dengan madu asli.
Selain cuka nipah, cuka kurma juga sama khasiatnya. Saya telah mencuba minum cuka kurma dicampur dengan madu asli(beli dari kawan  tau ori punya)  Bila dicampur dengan madu sedap pulak rasanya. ok la. kesannya tak dapat dilihat lagi sebab baru mencuba dan tidak istiqamah..Melalui sebuah hadis riwayat muslim cuka kurma ini adalah makanan sunnah. Tentu ada rahsianya..marilah kita amalkan 

Sunday 4 November 2012

RESULT PMR

EHEM..EHEM...PERHATIAN UNTUK CALON -CALON PMR... TAHUN LEPAS RESULT KALAU TAK SILAP 20 DIS. TAHUN NI MUNGKIN SAMA TARIKH TU ATAU AWAL SEDIKIT RASANYA,,,MACAMMANA

Thursday 25 October 2012

Wednesday 24 October 2012

masam manis: BLUBERRY CHEESE TART dan step by step

masam manis: BLUBERRY CHEESE TART dan step by step: Assalamualaikum.... Bertemu sekali lagi kita di hujung minggu...  Sekali lagi kita bertemu dalam ruangan step by step. Kali ni ita nak tun...

masam manis: KEK LAPIS CHEESE PERSONA

masam manis: KEK LAPIS CHEESE PERSONA: Assalamualaikum Alhamdulillah selesai sudah pelajar2 PMR menduduki peperiksaan. Hari ini merupakan paper terakhir bagi anak ita yang menga...

masam manis: KEK LAPIS CHEESE PERSONA

masam manis: KEK LAPIS CHEESE PERSONA: Assalamualaikum Alhamdulillah selesai sudah pelajar2 PMR menduduki peperiksaan. Hari ini merupakan paper terakhir bagi anak ita yang menga...

masam manis: KEK LAPIS CHEESE PERSONA

masam manis: KEK LAPIS CHEESE PERSONA: Assalamualaikum Alhamdulillah selesai sudah pelajar2 PMR menduduki peperiksaan. Hari ini merupakan paper terakhir bagi anak ita yang menga...

masam manis: KEK KEJU OREO

masam manis: KEK KEJU OREO: Assalamualaikum... Alhamdulillah sekali lagi kita dapat bertemu di bulan Rejab. Kemunculan bulan Rejab haruslah kita syukuri, kerana kita ...

masam manis: FRUITTI CHEESE CAKE

masam manis: FRUITTI CHEESE CAKE: Assalamualaikum Selamat pagi semua... Minggu ni adalah minggu terakhir kita berada di bulan Syaaban. Minggu hadapan umat Islam akan mu...

masam manis: KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

masam manis: KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE: Assalamualaikum buat semua pengunjung setia Masam Manis. Apa khabar semuanya harap-harap sihatlah kan... Musim-musim perayaan ni banyak...

Thursday 11 October 2012

NORMALA ABDUL RAHMAN (GURU BM/SEJARAH): JAWAPAN SOSLAN SEJARAH PMR 2012(CADANGAN)

NORMALA ABDUL RAHMAN (GURU BM/SEJARAH): JAWAPAN SOSLAN SEJARAH PMR 2012(CADANGAN): SOALAN SEJARAH PMR 2012 Peperiksaan PMR hampir sampai ke penghujung... ada 3 kertas lagi iaitu maths, KH dan B.arab. Sejarah da lepas. Set...

NORMALA ABDUL RAHMAN (GURU BM/SEJARAH): JAWAPAN SOSLAN SEJARAH PMR 2012(CADANGAN)

NORMALA ABDUL RAHMAN (GURU BM/SEJARAH): JAWAPAN SOSLAN SEJARAH PMR 2012(CADANGAN): SOALAN SEJARAH PMR 2012 Peperiksaan PMR hampir sampai ke penghujung... ada 3 kertas lagi iaitu maths, KH dan B.arab. Sejarah da lepas. Set...

JAWAPAN SOSLAN SEJARAH PMR 2012(CADANGAN)

SOALAN SEJARAH PMR 2012

Peperiksaan PMR hampir sampai ke penghujung... ada 3 kertas lagi iaitu maths, KH dan B.arab. Sejarah da lepas. Setelah menyemak buku teks inilah jawapan yang boleh di cadangkan.

1  A    21. D     41.A            
2 C     22.D      42.B   
3 C     23. B     43 C
4 D     24. A    44  D
5 A     25. C     45 B
6 D     26 A       46 C
7 D     27 A      47. D
8 C     28  C      48  C
9 B     29 C       49 D
10 B   30 A       50  C
11 C   31D        51 A
12 A   32 A       52 D
13 A   33 B      53  D
14 D  34  A      54B
15 C   35 B       55 B
16 C  36  A       56 C
17 A  37  C       57 D
18 B   38 D       58 B
19 D   39 C       59 A
20B    40 D       60. C ADA CADANGAN LAIN 

Wednesday 11 July 2012

langkah membina skrip bicara berirama

langkah=langkah menulis skrip bicara berirama

1. Pilih tajuk
2. Tentukan isi-isi penting berkaitan tajuk yang di pilih
3. Masukkan unsur-unsur bahasa seperti

         i. Pantun
        ii. syair
       iii, Gurindam
       iv, Seloka 

4. Masukan juga peribahasa, simpulan bahasa dan bidalan yang sesuai.

5. Teliti keindahan  gaya bahasa yang menarik dan sedap didengar

6.Unsur kecindan jangan dilupa.

7. Kaitkan dengan isu semasa.

8. Masa persembahan 12- 15 minit

selamat mencuba....
 

Thursday 5 July 2012

skrip bicara berirama

Assalamualaikum....
Lama tak bersembang...baru hari ini ada sedikit masa. Banyak sangat aktiviti kat sekolah. Almaklumlah...baru lepas karnival ko kurikulum dan sukan tahunan....penat tak terkira. Tapi berbalaoi juga bila dapat cuti peristiwa.

Nak cerita pasal pertandingan bicara berirama peringkat negeri kelantan pulak...pada 5 hb, julai. Tak pa la berkorban cutu dengan rakan guru, cg. roslina, cg.teo, k.dah dan PK KO. Macam-macam cerita.
Mula-mula bas datang ..tengok-tengok bas kecik. Camna ni,,dah pukul 8. daftar 8.30.Driver tu tukar bas besar...8. 30 baru datang. ...

Masa tu la mulanya episod yang mencemaskan...
Lambatnya bas ni,,orang da start daftar,,,telepon asyik berbunyi je tanya bila nak sampai...peliknya driver tu ikut jalan Tendong...ish,,ish,,ish nak ke mana ni... aku ni tak tau mana jalan nak ke tempat pertandingan...ikut je la,,

rupa-rupanya dia salah faham...kita orang nak ke SMK PUTERA..
Dia hantar ke smsi...apa la punya driver bas,,ada ke patut suruh kita org turun kat situ,,, turun la kita org, PENING KEPALA DOK TEPI JALAN TU...BUDAK-BUDAK PULAK TAK FAHAM2 AKU TENGAH PENING KEPALA MASA TU DAH PUKUL 9 LEBIH,,,GILA,...

Telepon berbunyi tak brenti..cg, Teo call pak cik bas tu semula..suruh hantar juga keSMK PUTERA,,,kita orang sampai dah dekat pukul sepuluh pagi,,,penganjur tengah tunggu kita orang, Rupa2nya peserta pertama. Kesian budak2 tu...tak sempat rehat terus naik pentas...ok juga la,,,
hampa juga bila tak dapat top 3. Tapi syukur  skrip saya yang menerima sentuhan rakan-rakan terpilih sebagai pemenang skrip terbaik......


Monday 21 May 2012

DARI DAPURKU: CREAM CARAMEL

DARI DAPURKU: CREAM CARAMEL: Cream Caramel kesukaan seisi keluarga terutama anak-anak & anak buah. Kalau beli di Bazar Ramadhan ada yang RM2.00-RM2.50sepotong. Hari ini ...

Sunday 20 May 2012

REJAB BULAN YANG MULIA

INSYAALLAH ... kita akan menyambut kedatangan bulan rejab. Daripada Anas bin Malok r.a katanya Rasulullah pernah bersabda mengatakan bahawa Rejab  adalah bulan Allah, Syaaban Bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku.
Maksud Rejab ialah bulan Allah  dalam bulan itu dkhususkan untuk keampunan Allah,di haramkan menumpahkan darah .Kelebihan lain dikatakan orang yang berpuasa dalam bulan Rejab akan mendapat  keampunan dosa yang telah lalu, dipelihara  baki kehidupannya serta selamat dari dahaga pada hari kiamat. Wallahuaqlam,,,sama-sama kita beramal

Saturday 19 May 2012

PIALA FA

Bola lagi....

Demam bola melanda lagi...

macam ni la gambar penyokong TRW yang ada di stadium...bersemangat semuanya penonton 80.000...Ramainya....kerajaan negeri dah bagi cuti hari ahad 20 mei. Apa lagi ramai yang pergi menonton. Ada yang naik bas, kereta dan macam-macam lagilah. Ok la sebagai tanda sokongan kepada bola sepak negeri Kelantan yang sedang hangat,

Menang 1 - 0 ke atas pasukan Sime Darby. Tu la, kalah menang adat permainan. Tahniah untuk kedua-dua pasukan yang melangkah ke perlawanan akhir, Tahniah untuk semua penyokong yang di stadium atau di mana-mana saja.
Di kelantan banyak tenpat menyediakan layar besar untuk menonton beramai-ramai di kedai makan, restoren, padang sekolah...meriah sungguh...
bola...bola...bola.

Friday 18 May 2012

hari guru 2012

selamat hari guru untuk semua.... setiap tahun 16 mei ucapan ini pasti kita berikan kepada guru,



Inilah gambar ayahanda dan warga pendidik  (sebahagian) telah diraikan oleh warga pendidik dan PIBG sk Lenga. Bagus sangat-sangat program tu.taklah guru yang dah pencen merasa terpinggir. Nampak ceria cg. Aisah, Cg.Rahim.Cg.Sabtu dan ayahandaku dirai sempena hari guru 2012.Semoga dia orang dan semua warga pendidik dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki yang berkat...besarnya kek,,,,satu kampung boleh makan. Tahniah kepada penganjur,,,
TERIMA KASIH CIKGU YANGTELAH MENGAJAR TULIS,BACA, KIRA DAN MENDEWASAKAN KITA SEMUA,,,

Sunday 13 May 2012

kelebihan budu

nipun artikel tentang budu juga saya copy dari akhbar

Budu cerahkan kulit dan antipenuaan

RAUT wajah Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek kelihatan seperti gadis 20-an walaupun umur sebenarnya adalah 40 tahun.

Apabila ditanya rahsia awet mudanya, graduan dalam bidang pertanian dari Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, beliau pada mulanya menggunakan produk kecantikan terkenal.

“Namun kini saya beralih kepada makan budu setiap kali makan tengah hari dan makan malam,” katanya.


HAMIDAH menunjukkan produk kosmetik dengan jenama BK y

ang turut mengandungi budu.




Menurut Hamidah, dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama 10 penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional itu mampu mengekalkan wajah muda seseorang.

“Proses penapaian budu menguraikan bahan organik kepada peptida dan asid amino yang menyumbang kepada rasa dan aroma lazat serta mempunyai nilai kosmetik.

“Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.

“Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari,” terang beliau yang telah melakukan kajian makmal dan ujian ke atas 25 individu.

Sebahagian besar individu yang diuji mendapati wajah mereka semakin cerah, bintik jerawat berkurangan dan menyelesaikan masalah kulit berminyak.

Produk kosmetik budu Sirim terbahagi kepada tiga iaitu pembersih dan penyegar, krim kulit dan serum kecantikan kulit. Ia menggunakan jenama BK iaitu Budu Kelantan atau Budu Ketereh.

“Walaupun hanya satu peratus ekstrak budu digunakan sebagai bahan asas kosmetik tetapi ia berkesan kerana komponen itu sudah cukup untuk memberi khasiat kepada pemakainya.

“Malah kami kini mengkaji potensi tempe sebagai produk kosmetik,” katanya.

Hamidah berharap produk BK akan mendapat sambutan daripada pengguna kelak sebaik sahaja Sirim bertemu syarikat yang berminat untuk mengedarkannya. – MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM








pengusaha budu

Artikel ni saya jumpa dalamakhbar ..sapa yang nak guna ambilah...
BUDU sangat sinonim dengan masyarakat Kelantan. Dikatakan, hampir setiap keluarga di negeri itu mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka.
, walaupun budu merupakan makanan tradisional namun ia mempunyai banyak khasiat tetapi kurang didedahkan.
Budu dikatakan menyumbang kepada kecantikan dan awet muda

Bagi seorang usahawan, Mat Ismail, 57, permintaan budu yang tidak pernah putus itu adalah satu idea perniagaan yang hebat.
Pada tahun 1978, Mat mula membuat budu secara kecil-kecilan di belakang rumahnya di Kampung Geting, Tumpat dengan bermodalkan RM1,500. Beliau menubuhkan syarikat Perusahaan Warisan Ketereh dan menggunakan biji ketereh sebagai tanda niaganya.



Contoh rumusan kerja kursus sejarah 2012
Rumusan

Sebagai rumusan, dari segi tajuk kajian yang dipilih dapat membantu saya sebagai pelajar untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang produk tempatan khususnya Budu Cap Ketereh .. Melalui tugasan ini saya memahami perlunya kerjasama dan kerja berpasukan untuk mengumpul maklumat demi menyiapkan tugasan ini. Selain itu kegigihan pengusaha kilang ini amat-amat saya kagumi dan patut dicontohi oleh semua pihak... Kita perlu berbangga dengan usaha-usaha penduduk tempatan khususnya En.Mat Ismail bin Jusuh yang berusaha mempertahankan makanan warisan ini. dalam mengeluarkan sesuatu produk yang mampu menjana ekonomi setempat serta menyediakan peluang pekerjaan kepada orang tempatan.





Penghargaan

Saya amat bersyukur kerana dengan izin Allah dapat menyiapkan tugasan kerja kursus sejarah ini dengan sempurna dan lancar.Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa iaitu Tn.Hj. Kamarudin Bin Mat dan Pn. Hjh. Normala Bt. Abd Rahman yang banyak memberi dorongan dan bantuan daripada segi idea, maklumat, kewangan dan sokongan moral dalam usaha menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada En. Abd.Hakim Bin Lukman, iaitu guru mata pelajaran Sejarah kelas saya yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menjayakan kerja kursus ini.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengurus Besar Kilang Budu iaitu En. Mat Ismail Bin Jusuh kerana membantu saya dalam kajian ini termasuk membekalkan pelbagai makmumat dan dokumen yang diperluan.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada para rakan sekelas iaitu Nur Ain Bt.Abd Manaf . Quratul Ain Bt Abdul Malik dan  Wan Rafidah Bt Wan Rajuha yang turut membantu serta berkongsi pelbagai bahan seperti majalah, akhbar dan sebagainya. 

Tidak ketinggalan juga ucapan jutaan terima kasih diberikan kepada  pihak Pusat Sumber SMK Mahmud  Mahyidin dan kakitangan Perpustakaan Awam  negeri Kelantan yang turut membantu saya mencari bahan bagi melaksanakan kajian ini. Segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh semua pihak amatlah dihargai




Saturday 12 May 2012

NORMALA ABDUL RAHMAN (GURU BM/SEJARAH): Nasi kerabu....ni la sarapan pagi yang popula...

NORMALA ABDUL RAHMAN (GURU BM/SEJARAH):


Nasi kerabu....

ni la sarapan pagi yang popula...
: Nasi kerabu.... ni la sarapan pagi yang popular di pantai timur...tapi biasanya bila-bila masapun boleh makan Cuma saya ni tak pandai...



Nasi kerabu....

ni la sarapan pagi yang popular di pantai timur...tapi biasanya bila-bila masapun boleh makan Cuma saya ni tak pandai buat. makan pandailah,.kalau makan nasi ni  agak lengkaplah menu kita tau... Ada ulam (kerabu ..) nasi, yang tak ada dalam gambar ni lauknya. Boleh pilih nak makan dengan lauk apa. Ayam bakar,ayam goreng, ikan bakar/ikan goreng. Dagingpun boleh juga tau. Daging bakar biasanya. Tambah telur masin atau ikan kering. Kerabu tu bolehla pilih ulamanyang kita suka. Kat tepi rumah ni adalah pokok serai kayu, kesom, dan bunga telang. Bunga telang tu  ialah pewarna asli untuk membirukan nasi. Tak letak pewarna tiruan bahaya...

ada lagi yang diperlukan iaitu sambal ikan dan kuahnya atau di klate orang panggil tumis. Satu lagi...sudah tentulah budu,,Ulaman tu boleh ikut citarasa sendiri. Contohnya tauge, timun, bunga kantan dan juga serai ...selamat menikmati nasi kerabu ya...



EMMMM... tengoklah haiwanpun tau berkasih sayang...gajah ni tak boleh pimpin tangan bila berjalan tapi tetap berpimpin..berpegang ekor...ok juga kan.

Agaknya nak pergi sambut hari ibu..

Tuesday 8 May 2012


Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari....  
Begitulah ceritanya hari ini... Pagi tadi cuaca ok  je. tidaklah panas tapi,tenghari hujan turun dengan lebatnya, Alhamduillah,,Rezeki Allah
 kelas ulangkaji pagi jam 7.00 pagi (3c) terpaksa dibatalkan kerana ketiadaan bekalan elektrik diblok mereka...frust juga. Exam dah dekat. Budak-budak ni masih main-main lagi. Kerja kursus sejarah ramai yang tak siap lagi..ish..ish..ish

pagi=pagi lagi dah ada 3 program iaitu  ujian PISA ..(APA TU) I PUN TAK FAHAM,, untuk matematik. Satu lagi ujian bahasa Inggeris on-line untuk guru-guru bahasa Inggeris  yang dikelolakan oleh Univ.Cambridge ( dengar ceritanya) semoga semua rakan-rakan lulus dengan cemerlang...Kononnya guru-guru B.Inggeris di kelantan ni mengajar  bahasa tersebut mengginakan dialek Klate yang ni I NO COMMENT.(jawapan selamat)

Ada satu program lagi...pendaftaran pelajar-peajar baru tingkatan 6 sains. Selamat datang ke Smkmm dan tahniah. Dengar cerita ramai lagi yang tidak mendapat tawaran dari mana-mana institusi. Bersabar. Berdoalah..Insyaallah kalau ada rezeki tak ke mana. Tapi yang lucunya macam-macam fesyen rambut pelajar lelaki..hahaha..macam pelakon KOREA/JEPUN. Gelihati melihat gelagat mereka. Baru 5 bulan meninggalkan alam persekolahan berubah sakan...Remaja katakan,,,Ramai juga yang mendaftar masuk,,sibukla guru-guru tingkatan 6. Bonda tak ada  kerana berada di India. Esok bersambung lagi...I tegur juga pelajar-pelajar yang menggayakan fesyen rambut tidak kena dengan status mereka sebagai seorang pelajar,,,dia orang hanya tersengih-sengih aje..

 

Saturday 5 May 2012

MEE BANDUNG MUAR
       Sedapnya.....kalau nak tau inilah Mee Bandung Muar (muo)
Lama tak pekena yang original/Sebab kalau balik kampung tak penah berkesempatan ke bandar Muar. Biasanya saya lebih suka melepak di rumah saja. Kalau nak buat meem bandung ni, Saya guna rempah segera yang dibawa khas dari muo. Rempah segera ADAMI biasanya menjadi pilihan keluarga namun terpaksa diubahsuai dengan selera pantai Timur...manis la sket. Tu yang lari tema sket,,




































SEMAKAN UPU....




Semakan keputusan kemasukan ke IPTA/Politeknik premier untuk calon-calon lepasan SPM / setaraf untuk sessi 2012 boleh dibuat mulai esok.... Bila,,,esok la iaitu 7/5/2012. Pukul berapa ya,,,pukul 12.00 tengahari. Boleh sms ke talian 15888. Caranya taipkan UPU jarak RESULT jarak dan taipkan no i/c anak-anak ya. Seterusnya hantarkan ke 15888. Dapat la resultnya.... Kalau berjaya tahniah dan bersyukurlah. Yang gagal insyaallah rezeki ada dimana-mana, teruskan usaha.


       Berdebar-debay ya....solat hajat mohon pada yang maha Esa dan maha mengetahui...boleh  juga semak melalui laman web kementerian pendidikan,,,pilih yang mana mudah dan cepat.


Semoga  berjaya semua anak-anak,didik..terutamanya anakanda Abdul Hakim/

Thursday 3 May 2012

JJOKIR MINDA: Cara Membuat Budu

JJOKIR MINDA: Cara Membuat Budu: Cara Membuat Budu Bahan-bahan 1 kg ikan bilis Garam kasar secukupnya Segenggam asam jawa (isi sahaja) Nisæ/gula melaka/manisan Cara-cara ...



Sebenarnya  saya tengah kumpul bahan untuk anak-anak pelajar yang sedang menyiapkan tugasan kerja kursus sejarah PMR yang memilih tajuk makanan iaitu Budu. Saya nak buattentang BUDU CAP KETEREH yang popular di kelantan ni,,
CUTI..


Cuti lagi...ok juga untuk rehat minda dan bersantai bersama keluarga. 3 hari cuti tau. Sempena hari Wesak yang jatuh pada hari sabtu 5/5/12.







Banyak perkara yang nak dilangsaikan. Tengahari tadi sempat juga menghadiri majlis kesyukuran seorang sahabat yang baru naik rumah dan akan mngerjakan umrah pada 28/5/12. Selamat berangkat ke bumi ambiya. Rindu untuk ke sana lagi. Insyaallah jika di panjangkan umur,dimurah kan rezeki

Monday 30 April 2012

HARI PEKERJA


Selamat bercuti dan bersantai bersama keluarga ya sempena citi hari pekerja ni...Saya pun ...
Tapi hari ini la nak memasak dah lama tak masuk dapur
 Menu hari ini bertemakan masakan melayu. Sedap l...daging goreng,  masak lemak cili padi perut campur labu, Ulam petola dan sudah semestinya budu.
 Pagi-pagi saya dan suami pergi ke RTC mencari bahan-bahan tersebut. Nampak meriah sungguh suasana dengan persiapan begitu rancak dijalankan untuk menyambut kedatangan PM dan pameran terbesar produk pertanian dari 3-5 Mei nanti.. Cuti wesak Sabtu ni nanti bolehlah ke RTClagi..

Sunday 15 April 2012

Gambar-gambar sekitar Pertandingan Junior Chef Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin
Pasir Pekan Kelantan.



Ahli kelab setia menghias meja hidangan


Pengadil serius menjalankan tugas menilai..sedap ke..
  

Pertandingan Chef Muda telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin pada 14 April 2012 anjuran Panitia Bahasa Melayu sempena Minggu Bahasa Melayu 2012. Sambutan pelajar amat menggalakkan. Sebanyak 23 pasukan telah menyertainya melibatkan pelajar seramai 93 orang pelajar . Amat seronok menyaksikan telatah peserta, guru pembimbing serta para juri. Peserta mendaftar mengikut kelab atau persatuan masing-masing.  Ketua juri yang amat profesional ialah En.Roslan Md. Zain. Bersungguh-sungguh mengadili pertandingan mengikut format sebenar untuk memberikan pengalaman kepada peerta. Terima kasih En.Roslan tahun depan kita anjurkan lagi. Terima kasih juga kepada hakim yang lain iaitu cikgu Farisahwati, cg. Zaimah.Cg.Shafiee, Cg.Norhayati Ramli dan Cg. Norhasmariza Jaafar. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang begitu komited menyokong program ini...

Saturday 14 April 2012

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2012

HASIL KAJIAN
1.Nama produk
  Pruduk makanan tempatan yang dikaji ialahmakanan ringan karipap mini yang menggunakan inti serunding ikan,serunding daging dan serunding ayam. Selain daripada itu pengusaha turut menghasilkan popia mini, rempeyek, jejari bilis dan  juga kuih ros.

( masukkan gambar barangan yang telah siap untuk dipasarkan )

2/ Kategori
Produk yang dikaji ialah makanan ringan iaitu karipap mini

3.Nama Pengusaha
 Perusahaan ini di usahakan oleh Puan Rosliza Binti  Mat Jusuh . Puan.Rosliza merupakan pemilik tunggal perusahaan ini . Beliau telah  memulakan perniagaan ini pada tahun 2000 sehingga kini.Berusia 40 tahun dan mempunyai 5 orang cahayamata.

4. Lokasi
   Lokasi pruduk ini dihasilkan  terletak kira-kira  3 KM dari bandar Pasir Mas dan 15 Km dari rumah saya. Beralamat di kg, banggol  Chica Pasir Mas Kelantan

Letakkan pelan lokasi...


Friday 6 April 2012

Kanak-kanak 10 tahun lahir bayi 2.3kg - Global - Sinar Harian

Kanak-kanak 10 tahun lahir bayi 2.3kg - Global - Sinar Harian
Panduan penulisan skrip juruacara siri 4

Penutup majlis

Hadirin yang dihormati sekalian dengan penyampaian cenderahati itu tadi, maka sempurnalah majlis kita pada pagi ini. Saya bagi pihak majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program.... Maaf dipinta andai terdapat kekurangan majlis ini

Pilih pantun yang sesuai
...contoh

Dari  mana hendak ke mana
Tinggi rumput darilahpadi
Hari mana bulan yang mana
Dapat kita berjumpa lagi

 Bunga seroja di atas para
jatuh ditimpa si buah longan
andai kata tersilap  tutur bicara
kemaafan jua kami pohonkan.

sekian ..wabillah...

Boleh diubahsuai mengikut kesesuaian majlis

Semoga sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan kepada yang memerlukan. Bahan ini dikumpul melalui pengalaman dan juga bahan-bahanyang dicari melaluiblog2. Terimakasih dan mohon dihalalkan ilmu yang diambil. Insyaallah.




Panduan penulisan skrip Juruacara siri 3

Ucapan perasmian
Bacalah selalu al Quran dan hadis
buat panduan kita semua
sudilah tuan rasmikan majlis
Sulamkan mesra amanat berguna
hadirin yang dihormati sekalian  majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan ....... untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis......,,. majlis  dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan

Seleai ucapan perasmian
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada...yang telah sudi menyempurnakan  perasmian majlis..... Sebut sedikit  ulasan ucapan perasmi

cenderahati
air laut tenang-tenangan
Burung tempua bersarang rendah
cenderahati tanda kenangan
Ikatan ukhwah terjalin sudah
Majlis  menjemput dan mempersilakan .....mengiringi ...untuk menyempurnakan acarapenyampauan cenderahai  .sebagai tanda penghargaan dan ukhwah yang terjalin
dipersilakan Yang amat berusaha....


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada.... kerana sudi menyempurnakan majlis sebentar tadi






Panduan penulisan skrip juruacara (siri 2)

Selesai Bacaan Doa...

pantun
Kalau pergi ke datok keramat
jangan lupa membeli ketupat
bersama kita memohon berkat
moga majlis mendapat rahmat

amin ya rabbal alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al fadil ustaz...yang telah memimpin bacaan doa sebentar tadi . semoga majlis kita pada pagi aini berjalan lancar. Insyaallah

Ucapan alu-aluan.
Rumput bukan sebarang rumput
rumput penghias tepi halaman
Jemput bukan sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan

Hadirin yang dihormati sekalian majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.... untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dijemput dan dipersilakan

Habis ucapan alu-aluan
Majlis merakamkam ucapan terima kasih kepada...... yang telah sudi menyampaikan ucapan alu-aluan sebentar tadi. semoga.( sebut sedikit inti pati ucapan )






PANDUAN PENULISAN SKRIP JURUACARA

Pantun pembukaan majlis
Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di dahan pepohon ara
Pemanis kata selamat datang
awal bismillah pembuka bicara
Bismillah......
Rabbisrahliwasirli amri wahlul ukdatammilisaniyafqahuqauli
Assalamualaikum........

Yang amat berusaha/yg berusaha ( ikut protokol jawatan)
sebut nama baru jawatan
Contoh
Yang Amat Berusaha Tuan Haji Hussin Bin Awang
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

SELESAI BACA NAMA ...

Hadirin yang di hormati sekalian.
Alhamdulillah marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat kita berkumpul dipagi yang mulia ini untuk menjayakan program......(sebutkan nama majlis)
Setinggi-tinggi penghargaan kepada ( sebut nama vvip) kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kita pada hari ini. Sesungguhnya majlis ini diadakan untuk (sebut objektif majlis).

BACAAN DOA

Hadirin yang dihormati sekalian,
Untuk memberkati majlis pada pagi ini,marilah kita menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Al fadil ustaz....... majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan al-fadil ustaz..... untuk memimpin bacaan doa.

Friday 16 March 2012



Bercuti bersama keluarga dan adikberadik. Tapi taksemua ada... Ada komitmen masing-masing. Lain kali boleh kot jumpa semua.

Tuesday 14 February 2012

BOLA...LA PULAK

orang lelaki biasanya sembang hal bola...
orang perempuan pun ada yang manat juga tau...betul tak...

kerja kursus sejarah PMR

Soalan dah keluarya para pelajar dan guru sejarah...
Bolehla mula dengan elemen 1  dulu
Pilih tajuk yang sesuai..semuanya ok.
Lepas tu boleh mula
1 ekor ayam..potong ikut suka..bersihkan ..goreng
bahan untuk di kisar
1 inci halia
5 biji lada merah (basah) 10 biji bwg putih
15 biji bwg merah
(kisar la...)
bahan utuk di tumis
5 biji bawang putih
1 labu bwg besar
tumis hingga sedikit garing baru masukkan bahan kisar.
masakhingga garing masukkan satu cawan air biasa, garam  dan gula secukup rasa and masukkan ayam.
perlahankan api ...masukan pula 3 sudu madu/ ikut suka
boleh la da makan ngan nasi putih/nasi minyak...selamat mencuba

mar ibersembang......

Sembang jangan sembang kosong. Banyak perkara yang boleh diperkatakan.nasihat...teguran boleh aje kan,,