Selamat datang

Selamat datang ke blog saya....semoga apa yang dipaparkan memberi manfaat kepada semua. Mohon maaf atas segala kekurangan. Segala sumbangan untuk membina blog ini amat dialu-alukan...

Sunday 13 May 2012

Contoh rumusan kerja kursus sejarah 2012
Rumusan

Sebagai rumusan, dari segi tajuk kajian yang dipilih dapat membantu saya sebagai pelajar untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang produk tempatan khususnya Budu Cap Ketereh .. Melalui tugasan ini saya memahami perlunya kerjasama dan kerja berpasukan untuk mengumpul maklumat demi menyiapkan tugasan ini. Selain itu kegigihan pengusaha kilang ini amat-amat saya kagumi dan patut dicontohi oleh semua pihak... Kita perlu berbangga dengan usaha-usaha penduduk tempatan khususnya En.Mat Ismail bin Jusuh yang berusaha mempertahankan makanan warisan ini. dalam mengeluarkan sesuatu produk yang mampu menjana ekonomi setempat serta menyediakan peluang pekerjaan kepada orang tempatan.





Penghargaan

Saya amat bersyukur kerana dengan izin Allah dapat menyiapkan tugasan kerja kursus sejarah ini dengan sempurna dan lancar.Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa iaitu Tn.Hj. Kamarudin Bin Mat dan Pn. Hjh. Normala Bt. Abd Rahman yang banyak memberi dorongan dan bantuan daripada segi idea, maklumat, kewangan dan sokongan moral dalam usaha menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada En. Abd.Hakim Bin Lukman, iaitu guru mata pelajaran Sejarah kelas saya yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menjayakan kerja kursus ini.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengurus Besar Kilang Budu iaitu En. Mat Ismail Bin Jusuh kerana membantu saya dalam kajian ini termasuk membekalkan pelbagai makmumat dan dokumen yang diperluan.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada para rakan sekelas iaitu Nur Ain Bt.Abd Manaf . Quratul Ain Bt Abdul Malik dan  Wan Rafidah Bt Wan Rajuha yang turut membantu serta berkongsi pelbagai bahan seperti majalah, akhbar dan sebagainya. 

Tidak ketinggalan juga ucapan jutaan terima kasih diberikan kepada  pihak Pusat Sumber SMK Mahmud  Mahyidin dan kakitangan Perpustakaan Awam  negeri Kelantan yang turut membantu saya mencari bahan bagi melaksanakan kajian ini. Segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh semua pihak amatlah dihargai




No comments:

Post a Comment