Selamat datang

Selamat datang ke blog saya....semoga apa yang dipaparkan memberi manfaat kepada semua. Mohon maaf atas segala kekurangan. Segala sumbangan untuk membina blog ini amat dialu-alukan...

Monday 30 April 2012

HARI PEKERJA


Selamat bercuti dan bersantai bersama keluarga ya sempena citi hari pekerja ni...Saya pun ...
Tapi hari ini la nak memasak dah lama tak masuk dapur
 Menu hari ini bertemakan masakan melayu. Sedap l...daging goreng,  masak lemak cili padi perut campur labu, Ulam petola dan sudah semestinya budu.
 Pagi-pagi saya dan suami pergi ke RTC mencari bahan-bahan tersebut. Nampak meriah sungguh suasana dengan persiapan begitu rancak dijalankan untuk menyambut kedatangan PM dan pameran terbesar produk pertanian dari 3-5 Mei nanti.. Cuti wesak Sabtu ni nanti bolehlah ke RTClagi..

Sunday 15 April 2012

Gambar-gambar sekitar Pertandingan Junior Chef Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin
Pasir Pekan Kelantan.



Ahli kelab setia menghias meja hidangan


Pengadil serius menjalankan tugas menilai..sedap ke..
  

Pertandingan Chef Muda telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin pada 14 April 2012 anjuran Panitia Bahasa Melayu sempena Minggu Bahasa Melayu 2012. Sambutan pelajar amat menggalakkan. Sebanyak 23 pasukan telah menyertainya melibatkan pelajar seramai 93 orang pelajar . Amat seronok menyaksikan telatah peserta, guru pembimbing serta para juri. Peserta mendaftar mengikut kelab atau persatuan masing-masing.  Ketua juri yang amat profesional ialah En.Roslan Md. Zain. Bersungguh-sungguh mengadili pertandingan mengikut format sebenar untuk memberikan pengalaman kepada peerta. Terima kasih En.Roslan tahun depan kita anjurkan lagi. Terima kasih juga kepada hakim yang lain iaitu cikgu Farisahwati, cg. Zaimah.Cg.Shafiee, Cg.Norhayati Ramli dan Cg. Norhasmariza Jaafar. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang begitu komited menyokong program ini...

Saturday 14 April 2012

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2012

HASIL KAJIAN
1.Nama produk
  Pruduk makanan tempatan yang dikaji ialahmakanan ringan karipap mini yang menggunakan inti serunding ikan,serunding daging dan serunding ayam. Selain daripada itu pengusaha turut menghasilkan popia mini, rempeyek, jejari bilis dan  juga kuih ros.

( masukkan gambar barangan yang telah siap untuk dipasarkan )

2/ Kategori
Produk yang dikaji ialah makanan ringan iaitu karipap mini

3.Nama Pengusaha
 Perusahaan ini di usahakan oleh Puan Rosliza Binti  Mat Jusuh . Puan.Rosliza merupakan pemilik tunggal perusahaan ini . Beliau telah  memulakan perniagaan ini pada tahun 2000 sehingga kini.Berusia 40 tahun dan mempunyai 5 orang cahayamata.

4. Lokasi
   Lokasi pruduk ini dihasilkan  terletak kira-kira  3 KM dari bandar Pasir Mas dan 15 Km dari rumah saya. Beralamat di kg, banggol  Chica Pasir Mas Kelantan

Letakkan pelan lokasi...


Friday 6 April 2012

Kanak-kanak 10 tahun lahir bayi 2.3kg - Global - Sinar Harian

Kanak-kanak 10 tahun lahir bayi 2.3kg - Global - Sinar Harian
Panduan penulisan skrip juruacara siri 4

Penutup majlis

Hadirin yang dihormati sekalian dengan penyampaian cenderahati itu tadi, maka sempurnalah majlis kita pada pagi ini. Saya bagi pihak majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program.... Maaf dipinta andai terdapat kekurangan majlis ini

Pilih pantun yang sesuai
...contoh

Dari  mana hendak ke mana
Tinggi rumput darilahpadi
Hari mana bulan yang mana
Dapat kita berjumpa lagi

 Bunga seroja di atas para
jatuh ditimpa si buah longan
andai kata tersilap  tutur bicara
kemaafan jua kami pohonkan.

sekian ..wabillah...

Boleh diubahsuai mengikut kesesuaian majlis

Semoga sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan kepada yang memerlukan. Bahan ini dikumpul melalui pengalaman dan juga bahan-bahanyang dicari melaluiblog2. Terimakasih dan mohon dihalalkan ilmu yang diambil. Insyaallah.




Panduan penulisan skrip Juruacara siri 3

Ucapan perasmian
Bacalah selalu al Quran dan hadis
buat panduan kita semua
sudilah tuan rasmikan majlis
Sulamkan mesra amanat berguna
hadirin yang dihormati sekalian  majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan ....... untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis......,,. majlis  dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan

Seleai ucapan perasmian
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada...yang telah sudi menyempurnakan  perasmian majlis..... Sebut sedikit  ulasan ucapan perasmi

cenderahati
air laut tenang-tenangan
Burung tempua bersarang rendah
cenderahati tanda kenangan
Ikatan ukhwah terjalin sudah
Majlis  menjemput dan mempersilakan .....mengiringi ...untuk menyempurnakan acarapenyampauan cenderahai  .sebagai tanda penghargaan dan ukhwah yang terjalin
dipersilakan Yang amat berusaha....


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada.... kerana sudi menyempurnakan majlis sebentar tadi






Panduan penulisan skrip juruacara (siri 2)

Selesai Bacaan Doa...

pantun
Kalau pergi ke datok keramat
jangan lupa membeli ketupat
bersama kita memohon berkat
moga majlis mendapat rahmat

amin ya rabbal alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al fadil ustaz...yang telah memimpin bacaan doa sebentar tadi . semoga majlis kita pada pagi aini berjalan lancar. Insyaallah

Ucapan alu-aluan.
Rumput bukan sebarang rumput
rumput penghias tepi halaman
Jemput bukan sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan

Hadirin yang dihormati sekalian majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.... untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dijemput dan dipersilakan

Habis ucapan alu-aluan
Majlis merakamkam ucapan terima kasih kepada...... yang telah sudi menyampaikan ucapan alu-aluan sebentar tadi. semoga.( sebut sedikit inti pati ucapan )






PANDUAN PENULISAN SKRIP JURUACARA

Pantun pembukaan majlis
Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di dahan pepohon ara
Pemanis kata selamat datang
awal bismillah pembuka bicara
Bismillah......
Rabbisrahliwasirli amri wahlul ukdatammilisaniyafqahuqauli
Assalamualaikum........

Yang amat berusaha/yg berusaha ( ikut protokol jawatan)
sebut nama baru jawatan
Contoh
Yang Amat Berusaha Tuan Haji Hussin Bin Awang
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

SELESAI BACA NAMA ...

Hadirin yang di hormati sekalian.
Alhamdulillah marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat kita berkumpul dipagi yang mulia ini untuk menjayakan program......(sebutkan nama majlis)
Setinggi-tinggi penghargaan kepada ( sebut nama vvip) kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kita pada hari ini. Sesungguhnya majlis ini diadakan untuk (sebut objektif majlis).

BACAAN DOA

Hadirin yang dihormati sekalian,
Untuk memberkati majlis pada pagi ini,marilah kita menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Al fadil ustaz....... majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan al-fadil ustaz..... untuk memimpin bacaan doa.